Asteroid Phaeton Diramal Hampiri Bumi 2028, Semakin Laju
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JEPUN, 26 Oktober 2022 – Para penyelidik seluruh dunia sedang memerhatikan sebuah asteroid Phaethon yang sedang berputar dengan pantas dan diramal menghampiri bumi pada 2028.
Menurut penyelidik, kelajuan putaran asteroid tersebut dilihat lebih laju daripada yang diramal sekali gus menjadikan para penyelidik melakukan pemerhatian spesifik dan meramal orientasi asteroid tersebut semasa berada di angkasa lepas.
Asteroid Phaethon yang merupakan sebuah objek berbentuk batuan angkasa terbesar berdiameter purata 5.4 kilometer juga merupakan asteroid ke-11 yang menunjukkan perubahan dalam tempo putarannya.
Berikutan perubahan kelajuan putaran asteroid tersebut, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berhasrat untuk melancarkan kapal angkasa Destiny+ bagi mengkaji secara intensif objek yang berpotensi mendatangkan bahaya pada masa hadapan tersebut.
Dalam pada itu, seorang saintis dari Balai Cerap Arecibo, Puerto Rico, Marshall pula turut mencipta model Phaethon sebagai persediaan bagi misi Destiny+ itu dengan menggunakan data pemerhatian dari tahun 1989 hingga 2021.
Mengulas lanjut, dalam usaha bagi mengkaji asteroid Phaethon itu, penggunaan data pecutan malar merupakan model yang paling sesuai untuk lakukan kajian.
Menurut Organisasi Rujukan Angkasa, asteroid Phaethon diklasifikasikan sebagai “Asteroid Berpotensi Berbahaya” kerana ramalan laluannya yang berdekatan dengan Bumi.