Tempatan

Asoka Makeup Challenge di TikTok: Jangan Mudah Terpengaruh Demi Content

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Seorang pengguna media sosial Facebook mengingatkan supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan trend semasa dan menjaga batasan syariat.

Mengulas mengenai isu “Asoka Makeup Challenge”, beliau mengingatkan sebagai umat Islam, seseorang itu perlulah meletakkan batasan syariat dalam perbuatan.

“Kita orang Islam, letaklah batasan syariat kita kalau buat apa apa . Jangan mudah terpengaruh rasa nak buat demi content,” pesan beliau.

“Asoka Makeup Challenge” adalah sebuah trend di mana pengguna media sosial seperti TikTok akan memakai solekan menyerupai watak Asoka yang dibintangi pelakon Bollywood, Kareena Kapoor.

Beliau turut menasihatkan, “Jangan merupa sesuatu kaum ingat tu tau. Sama-sama kita ingat-mengingati ya. Ingatkan sebab sayang sesama kaum hawa yang comel-comel belaka dah Allah bagi keistimewaan pada kita,” ujarnya.

“Depan Allah nanti kita tak boleh nak jawab dah content-content ni semua,” pesannya lagi.

Hantaran tersebut turut mendapat sokongan beberapa pengguna lain, di mana seorang pengguna menyatakan:

“Pengaruh negatif mudah je orang ikut walaupun benda tu terang-terangan tak bagus dalam Islam.”

“Makeup pun dah tabarruj… Inikan makeup begini…Masing-masing dah tahu tapi still buat tak tahu la tu…” ujar pengguna yang lain pula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: