Tempatan

Sindiket Tipu Kerja: Mangsa Dipaksa Kerja Untuk Sindiket Judi Dalam Talian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 20 Ogos 2022 – Seramai 168 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerja dalam talian didakwa dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian dalam talian, ‘scammer’, pelaburan, ‘love scam’ serta lain-lain penipuan, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Menurut beliau, mangsa penipuan berkenaan masih terkandas di luar negara akibat terpedaya dengan helah sindiket tersebut yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Daripada 238 mangsa, seramai 168 masih terkandas di luar negara manakala 70 orang mangsa berjaya diselamatkan.”

Katanya, mangsa diperdaya dengan tawaran gaji yang lumayan menerusi iklan peluang kerjaya sebagai khidmat pelanggan di luar negara yang diiklankan melalui aplikasi Facebook dan seterusnya membawa mangsa ke aplikasi Wechat dan Whatsapp untuk berhubung dengan ejen.

Beliau berkata, sejurus tiba di negara destinasi, dokumen perjalanan mangsa akan diambil dan dimusnahkan bahkan telefon bimbit mereka juga turut dirampas oleh pihak sindiket.

Bukan itu sahaja, pihak sindiket juga akan mengurung mangsa serta mengawasi segala pergerakan mangsa yang akan dikawal dengan ketat.

Pada 3 Ogos lalu, Op Daya dengan kerjasama dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Task Force Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dijalankan untuk membanteras sindiket tersebut.

Hasil dari operasi itu berjaya menahan seramai empat lelaki serta dua wanita tempatan yang disyaki ahli kepada sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian.

Tambah beliau, pihak PDRM juga berusaha untuk mengesan rakyat negara ini yang menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia dengan kerjasama dari Kementerian Luar Negara, Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan Polis ASEAN (ASEANAPOL).

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap tawaran kerja di luar negara yang diiklankan melalui media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: