Tempatan

Asam Garam Seorang Komando Penembak Tepat – Mejar Rajasaikaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALALUMPUR, 27 Ogos 2022 – “Komando ini adalah gabungan ‘command’ dan ‘do’, yang mana kita arah tapi kita juga boleh buat. Sebab itu untuk menjadi komando, prosesnya memang tidak mudah. Hanya yang ‘degil’ sahaja akan tetap teruskan latihan untuk menjadi komando,” kata Mejar Rajasaikaran dalam sesi bual bicara ‘Perkongsian Kisah Perjuangan Mempertahankan Negara’ anjuran Dewan Bahasa Pustaka pada Rabu minggu lalu.

Menurutnya, seorang pelatih hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun di unit lain-lain dan mestilah menjalani latihan selama 12 minggu sebelum melayakkan mereka memasuki unit komando.

Selama 12 minggu, pelatih akan menjalani latihan sebanyak lima peringkat iaitu peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, peringkat laut dan peringkat penamat.

Katanya, di setiap peringkat, latihan akan ditumpukan kepada latihan fizikal dan mental bagi menguji daya tahan setiap pelatih.

“Setiap peringkat ada ujian masing-masing. Di situ juga pelatih akan diajar ikhtiar hidup. Contohnya pada peringkat hutan, pelatih akan diajar cara untuk membuat perangkap. Pelatih tidak akan dibekalkan dengan makanan, maka pelatih terpaksa mencari makanan sendiri untuk mengalas perut walaupun terpaksa memakan haiwan liar seperti ular sawa dan katak.”

“Jika di peringkat paya, pelatih akan dibiarkan di tempat air pasang surut. Maka, pelatih haruslah mahir membina pondok untuk berteduh di malam hari. Pelatih juga hanya dibenarkan memakai sehelai seluar dalam sahaja sepanjang latihan. Oleh itu, pelatih dikehendaki melumurkan satu badan dengan lumut untuk elakkan digigit nyamuk dan agas.”

Dalam pada itu, Mejar Raja juga memaklumkan kerjasama berpasukan juga amat penting. Katanya, pelbagai latihan melibatkan kerja berpasukan, antaranya mendayung di kawasan air surut.

“Di peringkat akhir, pelatih akan jalani latihan simulasi peperangan yang mana pelatih dikehendaki letupkan satu sasaran dan kononnya kembali ke negara asal. Pada masa itu, komando-komando akan memainkan peranan sebagai pihak lawan. Sekiranya tertangkap, maka gagallah pelatih itu,” jelas Mejar Raja yang berpengalaman luas dalam pertempuran menentang komunis.

Hadir sama dalam sesi bual bicara tersebut, Mejar (B) Dato’ Salehuddin Abd Mutalib dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pegawai Waran 1 (PW1) Mohsain Haji Hashim (B) yang masing-masing turut menceritakan kisah perjuangan sepanjang perkhidmatan mereka menentang pengkhianat komunis, musuh nombor satu negara pada zamannya.

13 Mei, Dua Platun Lihat Mayat Bergelimpangan Di Panggung Odeon

“We Are Being Shot!”, 3 Kali Di Ambang Maut

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: