Tempatan

Banjir 2021: MUIP Salur Bantuan Kepada 777 PPS Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 26 Disember 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir di 777 pusat pemindahan semantara (PPS) di negeri Pahang.

Peruntukan itu yang akan disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman menurut Fikrah Pahang.

“JKM membekalkan sembilan jenis barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk di PPS yang terputus hubungan. Antaranya beras, sardin, gula, biskut, ayam dalam tin dan tepung.”

“Lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, selimut dan bantal turut akan disediakan.”

Kata Dr Asmadi, pihaknya berharap agar JKM Pahang dapat mengurus bantuan mangsa banjir bagi pihak MUIP dengan sebaik mungkin.

Turut sama dalam lawatan ke depoh barangan JKM ialah Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin.

Dalam laporan berlainan, sebanyak 62,753 mangsa daripada 17,374 keluarga di sembilan daerah terjejas dalam kejadian banjir Pahang kali ini.

Sebanyak 15 kes kematian dilapokan setakat semalam di seluruh Pahang iaitu lapan di Bentong, masing-masing dua di Kuantan, Temerloh dan Raub serta satu lagi di Pekan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: