AS Tidak Jumpa Bukti Senjata Pemusnah Besar-Besaran – Saintis
AMERIKA SYARIKAT, 21 Mac 2023 – Menurut seorang mantan saintis nuklear dan seorang mantan Leftenan tentera Iraq telah menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak menjumpai sebarang bukti senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di Iraq.
Namun AS telah meletakkan masalah tersebut di Iraq dengan membawa pegawai yang tidak berkeupayaan serta korup sebagaimana yang dikatakan oleh dua individu tersebut.
BACA JUGA: Jom Ziarah Gereja: Menteri Belia Dipanggil Polis Bantu Siasatan
BACA JUGA: DUN Johor Guna Istilah ‘Pengimbang’ Ganti ‘Pembangkang’
BACA JUGA: Tun M Mohon Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Jika Sayang Bangsa
Mantan leftenan Iraq Jalil Khalaf Shuwail al-Muhammadawi telah membuat kenyataan sedemikian dalam mengenang ulang tahun ke-20 pencerobohan tentera yang dipimpin AS terhadap Iraq.
Menurutnya, AS tidak sama sekali menjumpai senjata WMD itu namun mereka telah menanam senjata besar-besaran tersebut dalam bentuk parti-parti serta gabenor-gabenor yang telah memimpin Iraq bagi kepentingan peribadi mereka dan ianya telah memusnahkan Iraq lebih dahsyat daripada apa yang telah dilakukan oleh penceroboh.
Manakala seorang saintis nuklear, Hamed al-Bahli pula telah menyatakan bahawa para pemeriksa senjata AS telah dihantar ke Iraq setahun sebelum campur tangan AS berlaku, dan mereka tidak menjumpai sesuatu pun.
Menurutnya, ketua bagi pasukan pemeriksaan antarabangsa telah membuat pengisytiharan bahawa Iraq adalah bebas daripada sebarang senjata pemusnah besar besaran.
Sebelum ini, tentera AS telah mengaku bahawa mereka telah menggunakan banyak senjata-senjata uranium di Iraq yang telah menyebabkan kesan terhadap kesihatan warga negara tersebut termasuklah dalam hal kecacatan kelahiran serta kanser.