Antarabangsa

AS Selar Tindakan Agresif China, Bertegas Tidak Akan Tinggalkan Laut China Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 06 JUN 2023 – Amerika Syarikat (AS) menyelar tingkah laku tentera China pada Isnin di atas peningkatan keagresifan tentera dari Beijing itu. Jika ini berlarutan, “ia tidak akan ambil masa yang lama untuk melihat seseorang tercedera,” kata seorang pegawai Rumah Putih.

Pada hujung minggu lalu, sebuah jet pejuang J-16 milik China memintas di hadapan pesawat RC-135 milik AS di perairan antarabangsa, dan dua minggu lalu, seorang juruterbang pejuang China terbang hampir dengan pesawat Tentera Udara AS.

BACA JUGA: Cuaca Kering, Jerebu Melanda Malaysia Hingga September

BACA JUGA: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, Kerajaan Digesa Kongsi Siasatan

BACA JUGA: Kerajaan Mesti Junjung Titah YDPA, Selesaikan Salahguna Kalimah Allah Segera – Haniff Khatri

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby, dalam satu taklimat kepada pemberita turut melahirkan kebimbangan AS terhadap jet pejuang China yang melakukan pintasan yang tidak selamat dan tidak profesional ini.

Tentera AS berikrar untuk terus terbang, belayar dan beroperasi di mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia turut menyeru semua negara di rantau ini untuk menggunakan ruang udara antarabangsa dengan selamat.

Kirby berkata bahawa Washington bersedia untuk menangani “keagresifan yang semakin meningkat” oleh China ini.

“Kami tidak akan ke mana-mana,” tambahnya, merujuk kepada kehadiran AS di Indo-Pasifik.

“Kami mempunyai keperluan sebenar di sana dan kami akan kekal di sana dan kami akan terus mengukuhkan dan menghidupkan semula pakatan dan perkongsian itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: