Antarabangsa

AS Mahu Perluas Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 Oktober 2022 – Lloyd J. Austin III, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), telah menzahirkan perancangannya untuk terus memperluas hubungan pertahanan antara AS dan Malaysia.

“Saya gembira untuk bercakap dengan perwakilan dari Malaysia @HishamuddinH2O pagi ini. Kami telah mencapai beberapa pencapaian yang penting tahun ini, dan kita akan terus memperkembangkan hubungan ini secara mendalam dan bermakna,” ujarnya melalui sebuah hantaran di akaun media sosial rasmi beliau.

Dalam hantaran yang sama, beliau turut mengepilkan kenyataan rasmi oleh Kementerian Pertahanan AS berikutan perbualannya dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah tentang potensi berlakunya ketegangan di kawasan Laut China Selatan dan Selat Taiwan. Pihak AS juga mendakwa bahawa mereka akan membantu mempertahankan “kedaulatan dan kemerdekaan” Malaysia.

Perbincangan tersebut turut mengetengahkan inisiatif dan dasar yang telah diusahakan antara AS dan Malaysia sebelum ini, serta menekankan untuk mengekalkan kawasan Indo-Pasifik sebagai sebuah kawasan “bebas” dan “terbuka”.

“Dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin tersebut bertukar pendapat tentang isu pertahanan dan pakatan setempat. Mereka mengesahkan kerjasama dalam pelbagai inisiatif pertahanan yang kukuh dan inovatif bagi menjamin Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” menurut kenyataan rasmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: