Antarabangsa

AS Lulus Program Nuklear Baharu, Meskipun Kos Mencanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 10 Julai 2024 – Pentagon telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syraikat (AS) akan meneruskan pembinaan misil balistik antara benua Sentinel, atau Sentinel Intercontinental Ballistic Missile (ICBM).

Program tersebut tetap diluluskan walaupun kos bagi pembiayaannya mengalami peningkatan sebanyak 81 peratus.

Program tersebut, yang pada mulanya dijalankan dalam menggantikan misil nuklear Minuteman III kini dianggarkan bakal menelan kos sebanyak $140.9 bilion, yang mana ianya hampir dua kali ganda daripada anggaran asal iaitu $77.7 bilion.

Namun pihak jabatan menyatakan bahawa mereka “sedar sepenuhnya tentang perihal kos tersebut” sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Willian LaPlante, seorang pegawai di bawah jabatan terbabit. Ujarnya lagi,

“Namun kami juga sedar akan risiko-risiko jika tidak memodenkan kekuatan nuklear kami serta risiko-risiko yang dihadapi jika kami tidak mengenalpasti ancaman-ancaman utama yang kami depani”.

Kebanyakan peningkatan kos itu dikatakan bukan saja pada pembuatan misil baru malah juga fasa modenisasi berskal besar bagi kemudahan-kemudahan di pengkalan, termasuklah beberapa pusat kawalan pelancaran, pengkalan-pengkalan misil nuklear serta kemudahan-kemudahan percubaan.

Keputusan yang diambil itu telah mengundang pelbagai kritikan termasuklah dari sejumlah 700 orang saintis dalam negara yang mewakili pelbagai institusi yang telah menghantar surat kepada presiden serta ahli kongres pada Isnin lalu.

Mereka menggesa Pentagon untuk menghentikan program nuklear yang “mahal, merbahaya dan tidak ada keperluan” itu dengan hujah bahawa tiada sebarang rasional bagi teknikal atau strategik wajar bagi perbelanjaan sejumlah besar itu dalam membina senjata nuklear baharu”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: