Antarabangsa

AS Lulus Hampir $14.5 Bilion Bantuan Ketenteraan Kepada Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 05 November 2023 – Kongres Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan sejumlah hampir $14.5 bilion bagi pakej bantuan ketenteraan untuk diberikan kepada Israel di dalam konflik Israel-Palestin.

Tindakan itu adalah bersifat partisan yang dilakukan oleh Speaker baharu, Mike Johnson yang mana ianya akan memberi cabaran langsung terhadap parti Demokrat dan presiden negara tersebut, Joe Biden.

Pakej bantuan itu, menurut Johnson, akan dapat membantu Israel dalam mempertahankan diri, membebaskan para tawanan mereka daripada pihak Hamas serta turut dapat menghapuskan Hamas secara terus.

Ujarnya lagi, pakej bantuan tersebut diberikan dalam pada masa yang sama pihak mereka (AS) terus bekerja untuk memastikan perbelanjaan yang bersifat bertanggungjawab dan mengecilkan saiz pentadbiran.

Sebelum ini, Biden pernah meminta agar sejumlah $106 bilion diluluskan bagi tujuan yang sama, selain daripada untuk membantu Ukraine dalam peperangannya menentang Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: