Antarabangsa

AS Lulus Bekalan Senjata $20 Bilion Ke Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Ogos 2024 – Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan $20 bilion lagi pemindahan senjata ke Israel, kata Jabatan Negara AS semalam seperti yang dilaporkan oleh sebuah media antarabangsa.

Menurut laporan berkenaan, Setiausaha Negara, Antony Blinken telah meluluskan penjualan senjata yang mana ia termasuklah berpuluh-puluh jet pejuang bersama peluru kebal dan peluru berpandu udara ke udara.

“Amerika Syarikat komited terhadap keselamatan Israel, dan adalah penting bagi kepentingan negara AS untuk membantu Israel membangun dan mengekalkan keupayaan pertahanan diri yang kukuh dan bersedia,” kata Jabatan Negara.

Pengumuman itu dibuat ketika Israel bersiap sedia untuk membalas dendam yang dijangkakan daripada Iran dan kumpulan Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan berikutan pembunuhan pegawai tinggi Hamas dan Hizbullah yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan perang serantau.

Presiden Joe Biden pada hari Selasa turut menyatakan bahawa tindakan balas Iran mungkin dapat dielakkan jika perjanjian gencatan senjata dicapai untuk menamatkan perang di Gaza di mana tentera Israel telah membunuh hampir 40,000 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, meratakan seluruh kawasan kejiranan dan menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: