Antarabangsa

AS Langgar Peraturan FIFA, Buang Lambang Bendera Iran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 29 November 2022 – Pasukan bola sepak lelaki Amerika Syarikat (AS) telah memaparkan bendera negara Iran yang tidak lengkap di media sosial. Bendera tersebut telah dipaparkan tanpa lambang Republik tersebut yang sepatutnya terletak di tengah bendera.

Pasukan tersebut menyatakan bahawa tindakan mereka dalam memaparkan bendera yang tidak berlambang itu adalah untuk menzahirkan sokongan terhadap “para pemberontak” di Iran.

Menurut peraturan FIFA, pasukan bola sepak AS itu mesti dihukum atas tindakan mereka yang telah melanggar identiti kebangsaan dan keagamaan Iran dengan hukuman penggantungan sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan. Menurut peraturan FIFA,

“Sesiapa sahaja yang menyinggung maruah atau integriti sesebuah negara…individu atau kumpulan menerusi kata-kata atau permuatan yang menghina atau bersifat diskriminasi (dengan apa-apa tujuan sekalipun) mengenai bangsa, warna kulit, etnik, asal-usul kebangsaan atau sosial, jantina, kekurangan upaya, orientasi seksual, bahasa, agama, pendapat politik, harta, kelahiran atau apa saja status atau apa saja alasan, akan dihukum dengan penggantungan sehingga sepuluh perlawanan atau dalam tempoh tertentu, atau apa-apa tindakan disiplin yang dirasakan perlu”.

Lambang bagi bendera Iran adalah berbentuk empat lengkungan yang mana di tengah-tengah lengkungan tersebut terdapat sebilah pedang. Ianya melambangkan ayat suci yang bermaksud “Tiada tuhan melainkan Allah”.

Ianya juga menyerupai bentuk bunga tulip atau teratai. Di atas dan di bawah bendera tersebut, terdapat 22 tulisan yang tertulis “Allah Maha Agung”, yang mana nombor 22 itu adalah bagi tujuan memperingati tarikh sewaktu Revolusi Islam berlaku berdasarkan kalender Parsi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: