Tempatan

Agong Titah Kuasa Menghukum, Beri Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang-Wenangnya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 September 2022 – “Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya,” titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa berucap merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Pahang hari ini.

Seri Paduka Baginda menegaskan, sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, ia bermakna penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

“Mahkamah Syariah hendaklah sebilang masa mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes-kes agar keadilan akan tercapai.”

“Hakim-Hakim Syarie hendaklah memastikan kes-kes yang dikendalikan dapat dihakimi dengan seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera,” titah Seri Paduka Baginda lagi.

Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan.

Justeru, Mahkamah Syariah harus bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman terutama melibatkan kes kekeluargaan.

Jika tidak, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.

“Hakim-Hakim Syarie hendaklah memastikan kes-kes yang dikendalikan dapat dihakimi dengan seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera,” titah Al-Sultan Abdullah lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: