AS Kawal Ekonomi Negara Arab – Ahli Politik Iraq
IRAQ, 14 Julai 2023 – Seorang ahli politik Iraq yang terkenal, Hadi al-Ameri telah mengutuk kawalan Amerika Syarikat (AS) terhadap hal ehwal ekonomi Iraq yang mana kawalan tersebut telah menghalang Iraq daripada menjelaskan tunggakan bagi gas yang diimpot daripada Iran.
Dalam kenyataan yang dibuat pada Khamis lalu, Hadi turut menekankan tentang keperluan Iraq untuk mengembangkan ekonomi mereka tanpa sebarang campur tangan AS. Ujarnya,
“Ianya adalah sebuah kehinaan bagi negara ini apabila dikawal oleh para pekerja Jabatan Perbendaharaan AS. Kesemua ahli-politik Iraq patut bersatu dalam menyedari akan kedaulatan ekonomi negara ini”.
BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: PRN: Terengganu Larang Kempen Di Masjid, Surau
BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat
Hadi yang juga merupakan pemimpin bagi Perikatan Fatah di Parlimen Iraq turut menyeru agar para ahli politik negara tersebut berani untuk mengumumkan tentang kemandirian ekonomi serta kebebasan daripada perhambaan.
Sekatan AS terhadap Iran telah membuatkan Iraq tidak dapat membuat pembayaran berjumlah sekotar $12.1 bilion yang telah didepositkan ke Trade Bank of Iraq bagi tujuan import masuk gas dan elektrik daripada Iran.
Washington selanjutnya telah membuat ugutan terhadap Iraq agar negara tersebut tidak cuba membuat pembayaran kepada Iran dalam bentuk tunai.
Iran dalam pada itu telah dilaporkan memotong bekalan gas ke Iraq dalam cubaan untuk menggesa Iraq supaya menjelaskan hutang bagi import bekalan tenaga yang terdahulu.
Selanjutnya, Iraq dilaporkan telah membuat sebuah kesepakatan bersama Iran dalam menukarkan minyak mentah mereka dengan bekalan gas asli Iran sebagai kaedah dalam menyelesaikan masalah hutang yang tertangguh.