Tempatan

Cubaan Culik Di Genting Highlands, Wanita Pakistan Didakwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 30 September 2022 – Seorang wanita warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands pada 19 September lalu.

Bagaimanapun tiada kertas pertuduhan dibacakan kerana tertuduh, Bibi Nasihat, 42, tidak memahami Bahasa Melayu dan Inggeris, serta tiada jurubahasa yang fasih dalam dialek Pashto.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S Punitha memohon mahkamah untuk mengenakan ikat jamin terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 serta dua penjamin warga tempatan.

Namun peguam mewakili tertuduh, Amir Khusyairi Mohamad Tanusia meminta wang jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh baru sahaja tiba di Malaysia sejak sebulan lalu.

Selain itu, tertuduh juga tidak bekerja dan bergantung kepada pendapatan suaminya yang merupakan pembantu kedai perabot dengan pendapatan kira-kira RM1,600 sebulan.

“Saya difahamkan kes ini dituduh di bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan maksimum tiga bulan atau denda RM1,000, saya minta mahkamah mengambil kira kesalahan kecil walaupun tidak menafikan salah tetap salah tetapi memohon diringankan hukuman.”

“Ini kali pertama tertuduh sampai di Malaysia dan kali pertama juga dihadapkan di mahkamah yang memberikan tamparan hebat kepadanya dan kes ini tular di media sosial, jadi mohon jaminan serendahnya,” katanya.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bersama seorang penjamin warga Malaysia serta pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 1 November depan mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352 akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini tertuduh ditahan pada 22 September lalu selepas tular dakwaan cubaan menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, Bentong.

@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz ♬ original sound – alfitryazmi52

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: