AS-China Bertelagah Isu Peluru Berpandu Di Laut China Selatan
BEIJING, 26 MAC 2023 – Kementerian Pertahanan China pada Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa China perlu mengusir kapal pemusnah Tentera Laut AS USS Milius yang memasuki perairan wilayahnya di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel.
Dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya, Kementerian Pertahanan China dengan tegas menuntut AS menghentikan segera tindakan provokasi itu, jika tidak, AS akan menanggung akibat serius daripada insiden tersebut.
BACA JUGA: Mangsa Pertama Ramadan! Tentera Zionis Tembak Pemuda Palestin 40 Das Tembakan
BACA JUGA: KTMB Sediakan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri
BACA JUGA: Ramadan: Jakarta Larang Kelab Malam, Rumah Urut, Spa, Pusat Sukan Beroperasi
Tentera AS yang beroperasi setiap hari di Laut China Selatan, sebaliknya menegaskan akan hak dan kebebasan pelayaran kapal pemusnah peluru berpandu mereka, kata Tentera Laut AS.
Armada ke-7 Tentera Laut AS berkata, tuntutan maritim yang dibuat China menyalahi undang-undang di Laut China Selatan menimbulkan ancaman serius terhadap kebebasan pelayaran dan penerbangan, perdagangan bebas dan tanpa halangan, dan kebebasan peluang ekonomi untuk negara pesisir Laut China Selatan.
China sekian lama mendakwa berlaku pertindihan dalam kawasan yang luas ini dengan zon ekonomi eksklusif termasuk negara Filipina. Transaksi trilion dolar berlaku dalam aliran perdagangan setiap tahun melalui laluan air.
Jumaat baru-baru ini cukup hari kedua berturut-turut berlaku pertikaian antara dua kuasa besar ini dan ia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Selatan.