Antarabangsa

AS Berpotensi Cetus Konflik Nuklear – China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 23 Ogos 2024 – Jurucakap Menteri Pertahanan China, Zhang Xiaogang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) adalah ancaman terbesar terhadap dunia apabila berkaitan dengan risiko-risiko tentang potensi konflik nuklear.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Xiaogang pada Jumaat lalu sewaktu ditanya oleh para wartawan.

Beijing telah membuat tuduhan terhadap Washington tentang “keputusan-keputusan yang tidak bertanggungjawab” dalam usaha untuk mengekalkan hegemoni kuasa Barat tersebut, termasuklah menerusi tindakan mengugut komuniti antarabangsa dengan senjata-senjata nuklear.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap keputusan Pentagon untuk menaiktaraf US Forces Japan kepada ibu pejabat tentera bersekutu di bawah arahan pegawai berbintang tiga yang melaporkan kepada komandan Indo-Pacific Command.

Pengumuman bagi perkara tersebut telah dibuat oleh Jabatan Pertahanan AS pada akhir Julai lalu setelah berlangsungnya mesyuarat para pemimpin polisi luar dan pertahanan kedua-dua negara iaitu AS dan Jepun.

Menurut Xiaogang juga, “AS telah menjadi ancaman nuklear terbesar terhadap dunia” berikutan negara tersebut memiliki “persenjataan nuklear terbesar di dunia” serta mengambil polisi yang membenarkan mereka menggunakan senjata nuklear buat kali pertama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: