AS Bakal Sekat Kaspersky Lab – Media
WASHINGTION, 23 JUN 2024 – Washington bakal membuat pengumuman berkenaan perancangan mereka bagi menyekat penjualan perisian anti-virus yang dibuat oleh syarikat sekuriti siber Rusia, Kaspersky Labs di Amerika Syarikat (AS).
Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi sebuah laporan yang dikeluarkan oleh media Reuters yang turut menyebutkan beberapa sumber.
Sumber menyatakan kepada media tersebut bahawa hubungan rapat syarikat perisian itu dengan pentadbiran Rusia telah dianggap sebagai “risiko kritikal” oleh pentadbiran Biden.
Sumber turut menyatakan bahawa kebimbangan Washington terhadap akses perisian tersebut terhadap sistem-sistem komputer membolehkan ia untuk mengambil maklumat-maklumat sensitif daripada para pengguna AS, selain daripada keupayaan untuk memasang malware atau menahan kemas kini yang bersifat kritikal.
Menurut laporan yang sama, syarikat pengeluar perisian tersebut juga berkemungkinan akan berada di dalam senarai sekatan, yang mana ianya akan menghalang pembekal-pembekal barangan syarikat tersebut di AS daripada menjualnya.
Tindakan sekatan tersebut dikatakan akan berkuatkuasa pada 29 September ini, yang mana ianya memberi peluang pada perniagaan lain untuk mencari alternatif lain.
Selain daripada perisian itu sendiri, sebarang bentuk muat turun bagi kemas kini perisian, penjualan semula serta perlesenan produk tersebut juga akan disekat di negara tersebut.