AS Bakal Salur Bantuan Ketenteraan Bernilai RM1.53 Bilion Kepada Taiwan
AMERIKA SYARIKAT, 01 Ogos 2023 – Agensi berita antarabangsa telah menyatakan bahawa dua orang pegawai Amerika Syarikat (AS) telah berkata bahawa AS akan membuat pengumuman mengenai penyaluran bantuan ketenteraan yang bernilai lebih dari $300 juta kepada Taiwan.
Tindakan AS tersebut dilihat hanya akan meningkatkan lagi ketegangan hubungan di antara negara tersebut dan China.
BACA JUGA: Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan
BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka
BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki
Menerusi belanjawan 2023, pihak Kongres AS telah meluluskan dana sehingga $1 bilion bagi bantuan ketenteraan daripada kebenaran Presidential Drawdown Authority.
Seorang pegawai yang tidak mahu identitinya didedahkan menyatakan bahawa pakej bantuan yang akan diberikan kepada Taiwan kali ini adalah bernilai sekitar $330 juta.
Dijangkakan bahawa senarai perincian bagi senjata-senjata yang akan diberikan itu tidak akan dinyatakan menerusi sesi pengumuman formal itu. Namun beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat empat sumber yang menyatakan bahawa pakej bantuan tersebut dijangka melibatkan empat buah dron MQ-9A.
Namun jangkaan mengenai dron tersebut mungkin juga tidak akan berlaku kerana para pegawai tentera AS kini sedang melakukan perincian dalam membuang beberapa bahagian canggih pada dron tersebut yang mana ianya hanya boleh digunakan oleh Tentera Udara AS.
Berkaitan dakwaan pemberian bantuan ketenteraan ini, pihak White House setakat ini menolak daripada memberikan sebarang ulasan.