Antarabangsa

Buang Tanda Halal Pada Aiskrim Atau Jenama Tersebut Diboikot

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANGALURU, 10 April 2022 – “Mendesak perniagaan Hindu untuk mengeluarkan pensijilan Halal daripada produk mereka dalam masa sebulan. Jika tidak dilakukan, Karnataka, terutamanya Udupi, DK dan Mangaluru akan memboikot jenama itu termasuk perusahaannya,” tulis satu hantaran pengguna yang tidak dinamai di media sosial.

Kontroversi itu merupakan kesinambungan daripada pertikaian hijab yang berlaku baru-baru ini yang turut menghalang peniaga Muslim untuk ke pameran kuil serta melancarkan kempen anti daging halal.

Jenama aiskrim yang tidak dinamai itu telah mendapat pensijilan halal beberapa tahun lalu berikutan timbulnya dakwaan yang menyatakan bahawa bahan yang digunakan dalam aiskrim tersebut tidak sesuai untuk dimakan oleh masyarakat.

Jumaat lalu, The Times of India melaporkan vendor dan peniaga Muslim telah bertemu dan membuat aduan bahawa masyarakat Islam sedang menjadi sasaran di Karnataka kepada Rinchen Lamo, seorang Ahli Suruhanjaya Kebangsaan Minoriti.

Pertemuan itu diadakan sewaktu kempen agar pemilik kedai aiskrim di Mangaluru mengeluarkan pensijilan halal daripada produk mereka sedang memuncak di media sosial.

Bukan itu sahaja, mereka juga kesal apabila terdapat kempen yang menggalakkan orang ramai untuk tidak membeli daging halal.

Peniaga Muslim berasa terancam dan terasa menjadi sasaran susulan daripada hantaran-hantaran di media sosial itu dan mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Kebangsaan Minoriti.

“Beberapa ketika dahulu, kebimbangan dibangkitkan mengenai hijab. Masyarakat Islam menjadi sasaran setiap hari dan ia membimbangkan masyarakat,” ujar peniaga Muslim yang tidak dinamakan.

Justeru, peniaga Muslim itu meminta kepada Suruhanjaya untuk mengarahkan kerajaan negeri itu agar memberi perlindungan kepada masyarakat Islam di negeri tersebut.

Sejak kebelakangan ini, penduduk Karnataka dengan beraninya menentang percubaan Islam radikal untuk mengislamkan negeri tersebut. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Kannadigas sendiri melancarkan kempen menentang daging halal dan kontroversi hijab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: