Antarabangsa

AS Bakal Haramkan LGBT?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 10 Mei 2022 – Hak kumpulan LGBT di AS mungkin akan terjejas susulan krisis perlembagaan yang melanda AS berkaitan hak pengguguran janin baru-baru ini.

Hal tersebut diketengahkan oleh Sonia Sotomayor, salah seorang hakim di AS, di mana Sotomayor menegaskan sekiranya mahkamah memutuskan untuk kembali ‘mengharamkan’ pengguguran janin, prinsip yang sama boleh digunapakai untuk kembali ‘mengharamkan’ LGBT.

Konflik ini tercetus gara-gara sebuah dokumen yang dibocorkan menunjukkan bahawa Mahkamah Agung AS bersedia untuk mengubah dasar daripada sebuah kes lama, Roe v Wade, yang membenarkan pengguguran janin.

Namun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hak LGBT ‘tidak akan disentuh’ kerana ayat dokumen tersebut yang secara jelas mengecualikan hak-hak lain daripada terkesan dek keputusan hakim-hakim Mahkamah Agung tersebut.

“Untuk memastikan keputusan kita tidak disalahertikan dan disalahfahami, kita menekankan yang keputusan kita hanyalah berkenaan isu hak perlembagaan bagi pengguguran janin, bukan hak lain,” tegas Samuel A. Alito, hakim yang menulis dokumen tersebut.

Alito juga menegaskan bahawa hak melibatkan pengguguran janin tidak serupa dengan hak-hak peribadi lain seperti hak kecenderungan seksual dan lain-lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: