Antarabangsa

Artis Rap Popular Lafaz Syahadah Peluk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 05 Ogos 2022 – Artis rap popular, Dutchavelli dilaporkan telah memeluk Islam baru-baru ini. Ia berikutan tularnya sebuah video yang menunjukkan beliau melafazkan syahadah dengan seorang imam dipercayai bertempat di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Portal antarabangsa melaporkan, Dutchavelli, 28, atau nama sebenarnya Stephan Fabulous Allen turut berkongsikan video klip tular itu di Instastorynya.

Laporan awal dari beberapa media menyatakan bahawa artis hip hop itu telah mula membaca al-Quran dan buku agama lain secara berkala, bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi datang daripada Dutchavelli sendiri.

Bintang rap yang diiktiraf oleh artis rap terkenal, Drake, ini mencetuskan fenomena pada tahun 2020 dengan lagu bertajuk ‘Only If You Knew’ yang mencapai lebih 20 juta tontonan dalam masa beberapa bulan.

Tinjauan di laman media sosial mendapati rata-rata peminat bersyukur dan gembira dengan penghijrahan artis kelahiran Birmingham itu.

“Dutchavelli ucap syahadah, masyaAllah. Boleh kata saya langsung tak jangka perkara ini. Lelaki seperti beliau telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya. Begitu ramai yang masuk Islam sekarang masyaAllah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Dutchavelli telah menjadi Muslim. Subhanallah ketahuilah bahawa Allah S.W.T. memberi jalan keluar bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Alhamdulillah untuk Islam semoga Allah mengekalkan dan meneguhkan saudara kita Dutchavelli pada Islam. Aamiin,” doa seorang pengguna media sosial lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker