Artis Diseru Anjur Konsert Di Sarawak Jika Sukar Peroleh Permit Di Semenanjung
PETALING JAYA, 03 April 2023 – Datuk Bandar Miri, Adam Yii, menyeru artis dalam dan luar negara untuk mengadakan konsert di Sarawak sekiranya sukar untuk mendapatkan permit di Semenanjung.
“Jika permit (untuk konsert) tidak dapat diperoleh di Semenanjung, datanglah ke Miri. Sebagai Datuk Bandar, saya akan menyokong dan membantu sepenuhnya dalam memastikan penganjuran konsert berjalan lancar,” katanya.
BACA JUGA: PRN Pulau Pinang, “Kerusi Majoriti Melayu Bakal Dimenangi PN”-Penganalisa
BACA JUGA: Pihak Berkuasa Perancis Tolak Kemasukan Imam Dan Ulama Morocco
BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotels Diarah Titip, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan
Beliau berkata, peraturan di Sarawak tidak seketat peraturan di Semenanjung dalam mengadakan konsert, biarpun penganjur perlu memastikan adat resam tempatan dihormati.
“Artis patut menganggap Miri sebagai lokasi utama mengadakan konsert di Malaysia. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.”
Jelasnya, Sarawak mempunyai beberapa faktor yang mampu menarik artis dan penonton konsert dari serata dunia selain dari tarikan pelancong dan suasana harmoni yang dimiliki.
Ia sekali gus akan turut membuatkan pelancong untuk melawati bahagian lain di Sarawak.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri itu tidak akan menerima pakai garis panduan baharu yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk artis luar negara.
Garis Panduan itu antaranya menyebut bahawa penganjur tidak dibenarkan untuk mengadakan konsert artis luar negara (ALN) pada hari-hari kebesaran Islam seperti sepanjang bulan Ramadan, Awal Muharram dan Maulidur Rasul, memetik kepada samudera.my.