Antarabangsa

Arak Percuma Untuk “Muhammad”: Operasi Pub Ditutup

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 30 Jun 2022 – 12 cawangan pub rangkaian Holywings telah ditutup berikutan mereka tidak mempunyai lesen untuk menghidangkan alkohol malah permit operasi pub dan rangkaian restoran itu turut dilucutkan oleh pihak berkuasa susulan daripada promosi minuman alkohol percuma untuk individu bernama Muhammad dan Maria.

Ia adalah susulan daripada tindakan enam pekerjanya yang didakwa mempromosikan minuman alkohol percuma kepada mereka yang bernama Muhammad dan Maria untuk setiap hari Khamis.

“Pekerja itu melakukan promosi itu dalam usaha untuk memenuhi sasaran jualan,” kata pihak polis.

Baru-baru ini, sebuah infografik dimuatnaik oleh syarikat terbabit yang didakwa mempromosikan produk alkoholnya dengan cara menghadiahkan satu botol alkohol untuk bakal pelanggan bernama Muhammad dan Maria sahaja.

Berikutan itu, Persatuan Peguam Muda Indonesia telah membuat laporan polis atas promosi tersebut.

Pihak Holywings bagaimanapun membuat permohonan maaf dan menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mengaitkan unsur agama dalam promosi mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: