Antarabangsa

Ribuan Warga Turkiye Jemput Mangsa Gempa Tinggal Di Rumah Mereka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 16 Februari 2023 – Apabila Melih Telci, seorang peguam berusia 28 tahun dari Istanbul, mendengar tentang empat keluarga kehilangan tempat tinggal di wilayah Hatay, selepas gempa bumi dahsyat minggu lalu, tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia mengambil telefonnya.

“Saya memanggil mereka dan berkata, ‘Mari, rumah kami milik kamu,’” katanya.

Telci bertemu keluarga itu di Istanbul, dan kemudian membawa mereka ke salah satu rumah keluarganya di Yalova. “Kami menyediakan segala-galanya – perabot, pakaian dan makanan. Sekarang, saya sedang berusaha mencari pekerjaan untuk ketua keluarga tersebut,” kata Telci kepada Al Jazeera.

BACA JUGA: Getah Tempatan Boleh Jimatkan Kos Turap Jalan RM0.5 Bilion

BACA JUGA: Thailand Caj ‘Cukai Pelancong Asing’ Bermula Jun

BACA JUGA: 90 Ribu Bangunan Turkiye Risiko Musnah Jika Dilanda Gempa Sekali Lagi

Mereka adalah antara keluarga Turkiye di seluruh negara yang berhubung dengan mangsa yang terselamat melalui mulut ke mulut, media sosial dan bantuan pihak berkuasa tempatan yang memberi perlindungan kepada mangsa gempa bumi.

Antara mereka yang telah mengorak langkah ke hadapan ialah penduduk dari kampung Armagan di wilayah Laut Hitam Trabzon. Ayse Arslan, seorang suri rumah dari Armagan berkata, “Apabila gempa bumi melanda, saya tahu saya perlu membantu,”.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menjanjikan sejumlah 10,000 lira (RM2,335.43) untuk setiap isi rumah yang terjejas dan berjanji untuk membina semula rumah yang musnah dalam tempoh setahun.

Bagi tujuan perlindungan segera untuk lebih dua juta orang yang kehilangan tempat tinggal, keperluan yang sangat besar diperlukan.

Erdogan menganggarkan berpuluh-puluh kumpulan hadir dari seluruh negara untuk menyelaraskan usaha menempatkan mangsa yang terselamat.

Setakat ini, gempa yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria itu telah mengorbankan lebih 41,000 orang dan dilaporkan lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: