Tempatan

Kementerian Akan Kaji Dakwaan Malaysia Bakal Kehilangan 2.3 Juta Hektar Hutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan menyemak dan mengesahkan sepenuhnya dakwaan Malaysia bakal kehilangan 2.3 juta hektar hutan di seluruh negara.

Menerusi laporan terbitan pertubuhan RimbaWatch, Malaysia dianggarkan akan kehilangan 2,346,601 hektar hutan di seluruh negara, yang mana akan mengurangkan jumlah hutan negara kepada 15,636,737 hektar.

Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya tidak dapat bertindak balas terhadap dapatan itu selagi mana pengesahan kajian tidak dibuat.

BACA JUGA: Ramadan 2023: Jangan Bazir Makanan – YDPA & Permaisuri

BACA JUGA: Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi

BACA JUGA: AWAS! Ponteng Puasa, ‘Geng Plastik Hitam’ Boleh Dikenakan Penjara, Denda

“Kami tidak dapat menjawab penemuan itu tanpa menyemak dan mengesahkan kajian sepenuhnya. Bagaimanapun di peringkat kementerian kami telah melaksanakan beberapa langkah untuk menjaga hutan simpan kita.”

“Pemuliharaan hutan adalah bahagian teras dalam mencapai komitmen Malaysia terhadap Pengurusan Hutan Lestari (SFM),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, antara langkah proaktif untuk mengukuhkan pengurusan perhutanan di negara ini adalah mengenal pasti dan menambah hutan simpan kekal (PRF).

“Sebagai contoh, pada masa ini, kementerian dalam peringkat akhir memproses pewartaan PRF pertama di Wilayah Persekutuan Labuan.”

Selain itu, kementerian turut meningkatkan peruntukan Insentif Konservasi Biodiversiti dan Perhutanan (EFT) bagi pemuliharaan biodiversiti pada 2023 kepada RM150 juta, peningkatan 150 peratus sejak pelaksanaannya pada 2019.

“Seterusnya, melaksanakan pelbagai strategi di bawah Dasar Perhutanan Malaysia (DPM); mengenakan bayaran kepada pesalah daripada 90 kes pembalakan haram di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 di Semenanjung Malaysia; Ordinan Hutan 2015 di Sarawak dan Enakmen Hutan Sabah 1968; dan, menetapkan moratorium untuk ladang hutan baharu dalam PRF,” katanya.

Usaha lain, katanya, menggunakan sistem Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS) di Semenanjung serta sistem Pemantauan Berterusan Pengawasan (COMOS) di Sarawak dan aplikasi iForSabah di Sabah, dilengkapi Sistem Maklumat Geografi (GIS) teknologi.

Namun begitu beliau tidak menolak usaha sama dari pelbagai pihak individu dalam memperhalusi serta menambah baik mutu perkhidmatan NRECC.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: