Antarabangsa

Arab Saudi Lantik Syarikat Berkaitan BJP Uruskan Permohonan Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 21 Jun 2022 – Middle East Eye (MEE) dalam satu kenyataan melaporkan berkenaan penglibatan sebuah syarikat yang diberikan kontrak untuk mengumpul dan menguruskan permohonan bakal jemaah haji yang tinggal di negara barat yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkaitan parti politik yang memerintah India, Parti Bharatiya Janata(BJP).

Hasil penyiasatan tersebut mendedahkan, individu yang terlibat dalam membantu penyaluran dana bernilai jutaan dolar ke dalam Traveazy, sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai yang dikontrakkan secara eksklusif bagi memproses permohonan jemaah barat melalui Motawif, mempunyai hubungan rapat dengan Narendra Modi, Perdana Menteri India dan Parti Bharatiya Janata (BJP).

MEE menamakan Prashant Prakash sebagai pihak yang terlibat dalam isu tersebut. Beliau yang merupakan naib presiden dan rakan kongsi firma modal teroka Accel India telah berkhidmat dalam National Startup Advisory Council (NSAC-INDIA) sejak 2020. Pada 2021, beliau kemudiannya dilantik menjadi Penasihat Dasar Dan Strategi kepada Basavaraj Bommai iaitu Ketua Menteri Kerajaan yang dikendalikan BJP di Karnataka dan sekutu utama Modi.

Perkara ini mendapat respons dari beberapa aktivis India yang merujuk bahawa pendedahan tersebut menimbulkan situasi yang membimbangkan. Salah seorang aktivis, Nabiya Khan yang berpangkalan di New Delhi memberitahu Middle East Eye bahawa keputusan Arab Saudi untuk menyerahkan proses permohonan tersebut kepada syarikat yang mempunyai hubungan pelabur dengan BJP adalah “keterlaluan” dan “berbahaya”.

Nabiya Khan turut berkata, kerajaan Karnataka di bawah pimpinan BJP mempunyai dasar anti-Muslim termasuklah tindakan sekatan ke atas hijab dan azan.

“Umat Islam di Karnataka telah diserang secara berterusan di bawah BJP. Kami juga telah melihat Ketua Menteri Karnataka, Basavaraj Bommai, menggalakkan campur tangan sayap kanan dalam perkahwinan antara agama dan gangguan terhadap pasangan antara agama, di mana lelaki Islam menjadi sasaran keganasan.”

“Adalah malang bahawa negara-negara Islam mengamanahkan maklumat sensitif dan kewangan seperti itu kepada pihak yang mana akhirnya akan menggunakan wang tersebut untuk bersubahat melakukan penganiayaan terhadap umat Islam di India.”

“Dalam satu pihak, KSA [Arab Saudi] mengecam kenyataan kontroversi tentang Nabi Muhammad S.A.W. oleh pemimpin BJP, dan di sisi lain mereka meluaskan perniagaan dengan organisasi sedemikian. Adakah mereka sebenarnya tidak tahu atau tidak mengambil berat tentang umat Islam ketika BJP agenda anti-Muslim begitu jelas untuk dilihat oleh semua?” ujar beliau.

Seorang lagi aktivis dari Hyderabad, Syed Abdahu Kashaf, menempelak tindakan tersebut dengan mengatakan dakwaan penglibatan tersebut membawa maksud Arab Saudi secara berkesannya ‘mengundang pihak yang tiada langsung hak untuk terlibat di dalam urusan kawasan suci umat Islam’.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang komen dan maklum balas dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan dengan pendedahan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: