Antarabangsa

Arab Saudi Labur $200 Juta Dalam Industri High-Tech

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 21 Ogos 2023 – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Ahad lalu telah melancarkan sebuah dana berjumlah SR750 juta yang bersamaan dengan $200 juta bagi tujuan pelaburan awal dalam syarikat-syarikat teknologi tinggi dalam dan luar negara.

Inisiatif yang diambil itu adalah salah satu bahagian daripada strategi negara tersebut yang telah diumumkan untuk King Abdullah University of Science and Technology (KAUST).

BACA JUGA: USA Semakin Mundur Ketahap Dunia Ketiga: Trump

BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan

BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

Ianya bertujuan untuk mentransformasikan kajian kepada inovasi-inovasi yang produktif dari sudut ekonomi dengan memberikan tumpuan terhadap keutamaan negara bagi kajian, pengembangan serta inovasi.

Antara bidang yang terlibat termasuklah kesihatan dan kesejahteraan, alam sekitar yang mampan dan keperluan penting, tenaga dan juga kepimpinan industri serta ekonomi masa depan.

Putera Mohammed bin Salman telah menyatakan bahawa sejak dari awal penubuhan, KAUST telah menonjolkan dirinya dengan kajian-kajian, rekacipta dan fakulti dalam menjadi salah sebuah universiti penyelidikan terutama di dunia.

Ujar Putera Mohammed lagi, “Strategi baharu ini terbina daripada pencapaian akademik dan saintifik KAUST dan mewakili era baru bagi universiti tersebut untuk menjadi pelita ilmu dan sumber inspirasi serta inovasi yang seiring dengan aspirasi Vision 2030 bagi kemajuan negara tersebut serta kemajuan dunia”.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa strategi tersebut bertujuan untuk memperkasakan kerjasama KAUST dengan sektor awam dan swasta yang mana akan menyumbang terhadap pencapaian objektif Vision 2030.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: