Tempatan

Kewarganegaraan Anak Kelahiran Suami Warga Asing, Kerajaan Akan Pinda Perlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 05 Januari 2023 – Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa cadangan pindaan peraturan kerakyatan Perlembagaan Persekutuan bakal dibentangkan di Kabinet tidak lama lagi.

“InshaaAllah, saya dan Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat akan kemukakan Memorandum Jemaah Menteri bersama ke Kabinet untuk cadangan pindaan Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan isu kewarganegaraan,” ciap beliau di laman Twitternya semalam.

BACA JUGA: Wanita 67 Tahun Saman, Mahu Kerajaan Absahkan Status Kewarganegaraan

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Akan Dengar Kes Kewarganegaraan Automatik Anak

BACA JUGA: Kewarganegaraan Anak: Mahkamah Tinggi KL Terkhilaf – Hakim

Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan menjelaskan tentang peraturan kerakyatan seseorang yang dilahirkan selepas Hari Malaysia sama ada boleh atau tidak untuk menjadi warganegara Malaysia.

Beliau turut memetik kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Family Frontiers berhubung perkara tersebut, biarpun beliau tidak menghuraikan lebih lanjut berkenaan jenis pindaan yang akan dicadangkan dalam hantarannya itu.

Sebelum ini, badan NGO itu telah mengemukakan rayuan berhubung kes kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara.

Badan NGO itu berhujah bahawa ibu juga wajar mempunyai hak yang sama untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: