Antarabangsa

Arab Saudi Bakal Perkenal E-Kelas Tahun Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 28 Ogos 2022 – Kementerian Pendidikan Arab Saudi memutuskan untuk memasukkan pembelajaran e-kelas sebagai sebahagian daripada beberapa rancangan akademik baharu mulai tahun ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Pembelajaran e-kelas itu telah dimasukkan oleh pihak kementerian ke dalam jadual waktu sekolah untuk setiap peringkat pendidikan am.

Menurut kementerian, akan terdapat 21 e-kelas di sekolah rendah dan 23 e-kelas di sekolah menengah untuk menghafal al-Quran.

Di samping itu, sebanyak 16 set kurikulum telah disediakan oleh pihak kementerian pendidikan bagi menggantikan buku teks.

Bagi Gred Pertama di sekolah menengah, e-kurikulum tersedia bagi subjek Tafsir, pemikiran kritikal, teknologi digital dan Bahasa Arab.

Manakala di Gred Dua pula, e-kurikulum tersedia untuk subjek Tauhid, seni serta pendidikan jasmani dan kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: