Tempatan

APMM Temui 100 Peluru Aktif Dalam Kapal Pengangkut Dari China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA TINGGI, 31 Mei 2023 – Lebih kurang 100 butir peluru yang dipercayai masih aktif ditemukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan oleh Zon Maritim Tanjung Sedili pada 28 Mei lalu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam bin Zakaria, penemuan peluru-peluru tersebut adalah susulan daripada penemuan peluru meriam di atas kapal terbabit di mana ia disyaki berasal dari zaman perang dunia kedua.

Beliau yang berkata dalam sebuah kenyataan memaklumkan bahawa kesemua peluru yang terdiri daripada pelbagai saiz itu telah pun diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan.

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Naik Berperingkat Akhir Tahun Ini

BACA JUGA: KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

Laporan lanjut berkenaan penemuan itu juga akan dikeluarkan oleh pihak PDRM.

Maritim juga tidak menolak kemungkinan bahawa kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu turut terlibat dalam kegiatan pencurian kapal perang lama British di Perairan Pahang.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan sebuah kapal pengangkut yang berdaftar di Fuzhou, China telah ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang, kelmarin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: