Tempatan

Apa Peranan Sebenar OIC? Menteri Pertanian Persoal Keabsahan OIC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mempersoalkan keabsahan Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Soalnya, “Apakah peranan sebenar OIC? Adakah ia masih perlu diwujudkan? Ataupun OIC hanya menjadi penonton kepada konflik yang berlaku sesama negara anggotanya tanpa perlu berbuat apa apa.”

Menurut beliau, pertubuhan itu gagal menyelesaikan konflik negara anggota seperti Perang Iran-Iraq (1980-1988), perang yang berlaku di Syria dan Libya (2011-kini) dan juga perang di Yaman yang diserang sejak 2015 oleh pakatan negara Arab yang diketuai Arab Saudi.

BACA JUGA: Ketua Menteri Pulau Pinang Nafi Projek Tambak Laut Cemar Alam Sekitar

BACA JUGA: Dua Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Akibat Strok Haba

BACA JUGA: 200,000 Letak Jawatan, Hampir 2000 Doktor Pelatih Berhenti Separuh Jalan – KKM

Tegasnya lagi, China adalah negara yang telah menyelesaikan konflik pertelingkahan panjang antara Saudi dan Iran, bukan OIC.

Kini, ujian OIC lebih berat apabila perang saudara sedang berlaku di Sudan ketika umat Islam sibuk beribadah di penghujung Ramadan dan ia berpanjangan di hari raya Aidilfitri, ujar Mohamad Sabu.

Walau bagaimanapun, katanya, “OIC sekali lagi gagal bertindak mencegah perang di Sudan daripada berpanjangan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: