Tempatan

Apa Matlamatnya? RFID Dan Touch N Go Sama Lembab – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR 21 Januari 2022 – “RFID dan Touch N Go, sama-sama lembab. So, what’s the point?” luah seorang pengguna media sosial susulan pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bermula 15 Januari lalu.

Kementerian Kerja Raya menyatakan, pelaksanaan transaksi tol mengunakan RFID itu adalah sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di plaza tol.

Namun, hal yang sebaliknya pula yang terjadi apabila ramai pengguna terperangkap serta terkesan dengan aliran trafik yang begitu padat di beberapa plaza tol yang sudah beralih ke arah RFID.

Langkah ini disifatkan rakyat sebagai bukan sahaja satu tindakan yang dilaksanakan tanpa perancangan dan kajian teliti malah keputusan yang paling bodoh.

Berdasarkan tinjauan samudera.my, rata-rata pengguna bersetuju dengan komen-komen bahawa kutipan tol menggunakan RFID hanya membuang masa, menyusahkan rakyat dan cuma menguntungkan kroni pihak tertentu sahaja.

“Tak ada point pun, saja menyusahkan orang…macam tak biasa…dari kad tak boleh tap la, Smart Tag tak detect la, what? Now expect natang ni smooth?” ciap seorang pengguna media sosial.

“Suruh guna RFID tapi sistem macam haram. Baik guna sistem manual pekerja kutipkan tol mcm dulu-dulu. Ada juga faedahnya menambahkan peluang pekerjaan org lain, dari kau bagi kroni kau buncit perut sengsorang makan hasil dari servis yang mcm pundek,” komen KucingKuncitara.

Berikutan luahan pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati, Mesyuarat Kabinet semalam memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat konsesi juga seharusnya mengekalkan lorong pembayaran menggunakan TnG dan SmartTAG bagi memberi kebebasan memilih kepada pengguna.

“Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya.”

“Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG.”

Sebelum ini, Unit Komunikasi Strategik UMNO mendakwa bahawa seperti di negara lain, sebahagian besar rakyat Malaysia memahami tujuan kutipan tol oleh syarikat konsesi yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna untuk ke destinasi masing-masing walaupun wujud jalan raya alternatif.

Malah, Ismail Sabri juga pernah menjelaskan mengenai isu tol dalam laporan akhbar bertajuk “Kerajaan Sepenggal, PH Terperangkap Dalam Janji-janji Sendiri – Ismail Sabri” beberapa tahun yang lalu.

“Perjanjian konsesi pada zaman perdana menteri keempat dia memberikan setiap lima tahun akan ada ‘review’ kenaikan tol dan kalau kita tidak mahu naikkan kita kena bayar ganti rugi kepada pemegang konsesi. Oleh kerana kita tak nak bayar, kita lanjutkan tempoh. Kalau kita nak ambil balik, tempoh itu juga termasuk dalam pengiraan kos bayar kepada mereka. Jadi kita telah terangkan kepada rakyat, kita akan ambil tol-tol ini secara beransur-ansur. Sebab itu ada tol kita telah hapuskan seperti Tol Batu Tiga, Tol Sungai Rasau dan sebagainya.. itu betul ‘toll free’ kerana telah dirobohkan tak perlu bayar tol,” jelasnya panjang lebar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: