Tempatan

Apa Inisiatif Kerajaan Majukan Tapak Tamadun Awal Melayu Sungai Batu Kedah? – YB Maszlee Malik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2022 – Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr Maszlee Malik membuat pertanyaan mengenai usaha dan insentif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memaju serta memperjuangkan tapak tamadun awal Tanah Melayu di Sungai Batu, Kedah.

Menjawab pertanyaan tersebut, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyatakan bahawa pihak kementerian kini sedang dalam usaha bagi mencalonkan Tapak Arkeologi Sungai Batu ke peringkat UNESCO, selain daripada menjalinkan kerjasama bagi tujuan penyelidikan serta pembangunan dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi dalam melengkapkan data pensejarahan Lembah Bujang.

Selain itu pihak kementerian juga telah menganjurkan pelbagai program promosi, kesedaran serta penyebaran ilmu mengenai tapak tamadun awal tersebut. Dalam pada itu, kerja-kerja pembangunan juga ada dilaksanakan bagi menaik taraf kemudahan pelancongan di Tapak Arkeologi Sungai Batu.

“Bagi tahun 2022, MOTAC telah merancang untuk melaksanakan program perintis Pemandu Pelancong Tapak Warisan. Lembah Bujang telah dipilih sebagai projek rintis untuk program ini, ” tambah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu lagi.

Menurutnya lagi, dalam meneruskan usaha mempromosikan Tapak Arkeologi Sungai Batu, MOTAC kini mengadakan program lawatan produk dan perbincangan mengenai produk arkeo-pelancongan, selain dari menganjurkan bengkel dan seminar kepada agensi pelancongan Wilayah Utara. Kerjasama juga turut diwujudkan dengan Pusat Penyeidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia bagi tujuan penyelidikan serta promosi.

Selain itu, menteri itu turut menyatakan bahawa kementeriannya mempunyai kerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam perkara melibatkan pembangunan dan naik taraf tapak mahupun produk pelancongan di seluruh negeri Kedah.

YB Dr Maszlee Malik kemudiannya telah memuat naik hantaran mengenai perihal soal jawab berkaitan insentif MOTAC dalam memajukan serta memperjuangkan tapak sejarah tamadun awal di Kedah itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: