Tempatan

5 Hari Skim Kawalan Harga Sempena Krismas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2022 – Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyenaraikan 11 item di bawah Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas yang akan dilaksanakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember, kata Menterinya, Salahuddin Ayub.

Antara barangan berkaitan daging yang tersenarai ialah ayam tua hidup (dikawal di Sarawak sahaja), kepak ayam (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), daging kambing import, babi hidup (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), perut babi serta daging atau lemak babi (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan).

Manakala barangan lain termasuklah lobak merah, tomato lada benggala hijau, kentang (diimport dari China) dan kobis bulat (diimport dari China dan Indonesia), kata Salahuddin dalam sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Tambahnya, harga ayam dan telur ayam akan terus dikawal mengikut mekanisme kawalan harga sedia ada.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh pelaksanaan skim kawalan harga ini di waktu sambutan Krismas adalah sesuai kerana ia mampu mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

Dalam pada itu, kata beliau lebih 2,000 anggota penguatkuasa akan ditempatkan bagi memantau harga barangan di pasar awam, pasar tani dan kedai runcit di seluruh negara.

“Kerajaan berharap semua peniaga mematuhi harga yang ditetapkan di bawah skim itu dan mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal,”

“Tindakan tegas termasuk denda akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini,” tegasnya.

Untuk makluman, para pengguna boleh menyemak harga barangan tersebut di laman web kementerian https://www.kpdnhep.gov.my/ms/.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: