Tempatan

Anugerah World Muslimpreneur Raikan Usahawan Islam Bakal Diadakan 28 Januari 2023 Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2022 – Anugerah World Muslimpreneur akan diadakan buat julung kalinya pada 28 Januari 2023 ini bagi meraikan usahawan serta jenama milik perniagaan orang Islam di Malaysia.

Majlis yang dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan kerjasama IKON Malaysia dan Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd itu akan diadakan di Hotel The St Regis Kuala Lumpur serta dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat World Muslimpreneur, Profesor Adjung Adam Richman, penganjuran majlis itu adalah sebagai pengiktirafan kepada usahawan serta jenama milik orang Islam atas usaha dan kejayaan mereka dalam sektor ekonomi serta industri yang diceburi.

Katanya, perniagaan dan jenama milik orang Islam sudah lama menjadi tunjang dalam pengukuhan ekonomi dunia dan Malaysia khasnya, namun mereka tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Anugerah itu turut disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM).

Untuk makluman, pencalonan untuk Anugerah ini masih lagi dibuka untuk Usahawan Muslim serta Jenama milik Perniagaan Muslim di laman sesawang rasmi www.worldmuslimpreneur.com.

Sebarang pertanyaan lanjut, Sekretariat World Muslimpreneur boleh dihubungi melalui talian Hotline 019 777 2180.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: