Tempatan

Antunan Seksual Kanak-Kanak Antara Penyebab Jangkitan HIV Sesama Lelaki Meningkat – Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2023 – Perubahan amalan gaya hidup lelaki dengan lelaki adalah sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuklah amalan pengantuan seksual kanak-kanak.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, 90 peratus jangkitan HIV bagi penduduk di negara ini membabitkan golongan lelaki.

BACA JUGA: Cubaan Batal Kebenaran Tukar Agama Kanak-Kanak Unilateral, Islam Makin Tercabar

BACA JUGA: Kementerian Akan Kaji Dakwaan Malaysia Bakal Kehilangan 2.3 Juta Hektar Hutan

BACA JUGA: Teks Khutbah Jumaat Perjelas Isu Akidah, Bendung Gejala Murtad

“Data menunjukkan jangkitan bermula pada usia 20 tahun bermaksud ia sudah berlaku di tempoh usia remaja dan di peringkat persekolahan.”

Jelasnya, isu pengantunan seksual adalah punca sebahagian kanak-kanak dipaksa memilih gaya hidup tidak sihat ini.

Mengulas lanjut, katanya penularan HIV melalui perkongsian jarum suntik mula menurun pada 2010 dan sementara penularan melalui seks mula meningkat.

Mulai 2016 dan seterusnya, penularan sesama jantina lelaki menjadi punca utama penyebaran HIV.

Sebagai langkah pencegahan, beliau berkata kementerian akan mengkaji semula program perintisnya mengenai pencegahan HIV.

Katanya, walaupun terdapat bantahan terhadap pengeluaran ubat yang boleh mencegah penyebaran HIV, Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) namun pihaknya tidak dapat menidakkan kumpulan yang berisiko untuk mendapatkan PrEP.

“Lebih baik kita mencegah golongan itu daripada menyebar luas jangkitan HIV ini di kalangan pasangan, masyarakat ataupun kenalan mereka.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berhubung tindakan kawalan dan pencegahan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar di sekolah menengah dan peringkat institut pengajian tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: