Tempatan

‘Anti-stalking law’ Bakal Dibentang – Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2022 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan menjangkakan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) “Anti-stalking law” bakal dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun ini.

Menurut beliau, RUU yang berkaitan dengan jenayah intip dan hendap itu kini sedang berada di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.

“Saya akan buat taklimat bersama ahli-ahli Parlimen serta Senator pada minggu depan mengenai RUU tersebut,” ujar beliau yang turut memberitahu akan memaklumkan status terkini dengan semua pemegang taruh yang terlibat.

“Dengan lulusnya RUU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka.”

“Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa,” jelas beliau mengenai RUU yang mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.

Perkara ini adalah antara hasil daripada persidangan meja bulat yang berlangsung semalam dan beliau menggesa agar RUU tersebut dapat dipercepatkan.

“Ia dilihat seiring dengan RUU Anti Seksual, kalau dapat dibentangkan tahun ini saya akan gembira sekali,” katanya selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: