Antarabangsa

Anjur Webinar LGBT: Singapura Beri Amaran Kepada Kedutaan Amerika

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SINGAPURA, 21 Mei 2021 – Singapura memberi amaran kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas kedutaan itu bertindak menjadi penganjur bersama webinar LGBT dengan sebuah kumpulan LGBT tempatan pada 17 Mei baru-baru ini.

“Kementerian Luar Singapura mengingatkan Kedutaan Amerika Syarikat bahawa misi-misi kedutaan negara asing tidak boleh mencampuri urusan sosial dan politik dalam negara, termasuklah isu-isu bagaimana orientasi seksual harus ditangani mengikut dasar awam,” demikian kenyatan daripada kementerian itu.

“Hanya Singapura sahaja yang boleh berdebat dan membuat keputusan dalam perkara ini.”

Undang-undang Singapura menetapkan bahawa seks antara lelaki boleh dihukum sehingga dua tahun penjara. Namun, pendakwaan jarang berlaku.

Di Malaysia pula, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan, Malaysia tidak mempunyai peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT.

Namun, perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan berdasarkan undang-undang di Malaysia di mana pesalah boleh didakwa di bawah undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan”.

Hubungan homoseksual (sesama jenis) adalah merupakan hubungan yang amat keji dan disifatkan oleh Allah SWT sebagai melampaui batas.

Selain hubungan sesama jenis, termasuk diharamkan dalam Islam adalah transgender iaitu perbuatan lelaki yang berperilaku wanita atau sebaliknya. Lebih bahaya lagi apabila ada hasrat merubah jantina seperti bedah alat kelamin.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button