Tempatan

“Anjing Kerajaan Harus Dibunuh”- Operasi March Coup

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUNDU, 28 Ogos 2022 – “Ada satu malam, saya punya pemberi maklumat, nama dia Lameo. Dia ni bila beri maklumat, dia tak boleh duduk diam, dia bercakap pada orang. Kenapa? Dulu, setiap maklumat yang diberi pada saya, kalau ada saya bunuh orang, dia dapat hadiah, jadi pemberi maklumat dapat hadiah.”

“Jadi komunis dapat tahu, komunis pergi sana, tangkap dia, bunuh dia. Gantungkan dia di atas pokok dan dia orang tembak. Dan tulis atas badan dia ‘Anjing kerajaan harus dibunuh.”

Demikian pengakhiran tragis yang terjadi kepada seorang pemberi maklumat dalam Operasi March Coup di Lundu, Sarawak sekitar tahun 1972.

Menerusi sebuah forum, Mejar (B) Dato’ Salehuddin Abd Mutalib dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceritakan pengalaman beliau sebagai pencari maklumat ketika menentang komunis dalam operasi tersebut.

Beliau telah memperoleh maklumat mengatakan bahawa komunis seramai lebih kurang 60 orang akan membuat satu serang hendap di Jalan Biawak-Titiakar. Namun, maklumat tersebut tidak diendah dek kerana umurnya yang muda dan tidak mendapat kepercayaan pegawai atasan.

Akibat daripada itu, katanya, “Pada 26 Mac 1972, satu konvoi daripada Biawak nak pergi ke Titiakar telah diserang hendap. Di sana 15 anggota, 7 renjer mati ditembak.”

Apabila disoal Panglima Angkatan Tentera (PAT) ketika itu iaitu Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim bin Dato’ Ismail mengenai situasi kejadian, beliau mengatakan, “Kita sudah bagi maklumat, jangan buat ini, jangan buat itu, tapi kumpulan yang bertugas buat juga. Itu yang terjadi.”

Allahyarham Tun Ibrahim menggesanya mendapatkan semula senjata yang dirampas komunis iaitu 15 senjata dan satu set radio dalam tempoh masa tiga bulan. Sebanyak dua kali pertempuran berlaku hanya untuk mendapatkan semula satu set radio.

Bukan itu sahaja, beliau turut menceritakan mengenai kisahnya terjumpa dengan seorang bayi di tanah perkuburan orang Iban dan berkongsi maklumat terkini mengenai bayi itu yang sudah bekerja sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Thailand.

Beliau juga terlibat dengan operasi mencari beberapa individu untuk dibunuh.

Jelasnya, “Semua operasi itu adalah satu operasi, Operasi Rahsia Sulit. Kumpulan saya sahaja yang masuk, askar-askar lain tak masuk. Askar lain masuk bila sudah bertempur, dia datang ambil mayat, bawa balik. Saya di situ, saya ambil dia punya maklumat lah kalau ada maklumat. Itu March Coup.”

Perkongsian ini dibuatnya dalam forum Canai Bahasa dan Sastera bil 6/2022: Perkongsian Kisah Perjuangan Mempertahankan Negara, menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada minggu lalu bersempena dengan bulan kemerdekaan negara kita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: