Tempatan

Angkara Vandalisme, Penduduk Chini Alami Gangguan Perkhidmatan Telekomunikasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 18 Ogos 2023 – Penduduk beberapa kawasan di sekitar Kampung Gasak Chini di daerah Pekan, Pahang telah mengalami gangguan liputan perkhidmatan telekomunikasi akibat vandalisme menara komunikasi kawasan itu.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan, “Menara komunikasi di Kg. Gasak Chini di daerah Pekan, Pahang mengalami kerosakan akibat vandalisme. Hasil tinjauan MCMC mendapati kerosakan melibatkan peralatan elektronik yang tidak boleh digunakan semula dan terpaksa diganti dengan yang baharu tertakluk kepada stok tersedia.”

Akibat daripada itu, liputan perkhidmatan 4G perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis mengalami gangguan kerana menara di Kampung Gasak merupakan menara collector dan Multi Operator Core Network (MOCN).

BACA JUGA: Proses Pengesahan Mangsa Nahas Pesawat Dijangka Selesai Isnin Ini

BACA JUGA: Rejim Haram Israel Musnahkan Sekolah Palestin Di Ramallah

BACA JUGA: Didakwa Melombong Silika Secara Haram, Pengurus Projek Dihadapkan Ke Mahkamah

Dalam pada itu, gangguan tersebut turut memberi kesan kepada lapan lagi menara lain dan menjejaskan liputan telekomunikasi di lapan lokasi iaitu Pekan Chini, Chini, Kampung Gemapai, Ramo Chini 3, Felda Chini Timur 1, Felda Chini 5, Chini Plantation dan Chini Timur 2.

Memetik kenyataan, “Kerja-kerja baik pulih akan mengambil masa berikutan kerosakan teruk kepada menara komunikasi Kg. Gasak.”

Ujar SKMM, pihak CelcomDigi sedang giat mencari penyelesaian jangka pendek dan interim dengan perkongsian bandwidth daripada gentian optik sedia ada di Pekan Chini. Oleh kerana bandwidth yang terhad, hanya beberapa menara sahaja dijangka dapat dipulihkan untuk perkhidmatan sementara disediakan selewat-lewatnya Sabtu, 19 Ogos 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: