Tempatan

Anggota APM Perlu Ditambah – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 23 November 2023 – “Menjadi satu keperluan untuk mewujudkan perjawatan tetap dan kontrak tambahan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis MADANI Siaga “Sigap Pertahanan Awam: Siaga Monsun Timur Laut” di Ibu Pejabat APM Kajang pada Rabu, Armizan berkata pihaknya sudah memanjangkan perkara itu kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dibentangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“APM berteraskan kesukarelaan yang mana fungsinya dibantu oleh anggota sukarela yang sebahagiannya dengan penugasan khusus yang dibayar elaun.”

“Penambahan anggota APM dilihat dapat meningkat dan memperkasakan fungsi APM sebagai urusetia kepada jawatankuasa pengurusan bencana di negeri dan daerah atas sebab tugas-tugas tertentu dari segi pengurusan aset. Contohnya, kita tak boleh serahkan kepada mereka yang bukan lantikan kerajaan secara rasmi bukan sukarelawan.”

Mengulas mengenai Monsun Timur Laut, Armizan berkata APM telah meningkatkan kesiapsiagaan dengan kekuatan 1,203 pegawai dan 13,637 anggota di seluruh negara, manakala dari segi jentera operasi pula melibatkan 991 bot dan 675 aset darat.

Armizan berkata, banjir pada skala besar dijangka berlaku serentak di Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: