Ancaman Kolera Meningkat, Lebih 30 Negara Bakal Terkesan
GENEVA, 08 Mac 2023 – Beberapa orang pakar telah menyatakan bahawa dunia kini bakal menyaksikan lonjakan terbesar kolera yang berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun apabila berlakunya krisis ekonomi, perubahan iklim dan setelah berlakunya pandemik COVID-19.
Sekurang-kurangnya buat masa ini 30 buah negara telah menyaksikan lonjakan kes jangkitan yang disebabkan oleh air. Ini berikutan masalah kemiskinan, kekurangan penjagaan kebersihan serta masalah sanitasi.
BACA JUGA: Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Bakal Pertimbang Pasar Raya Rahmah
BACA JUGA: Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir – PM
BACA JUGA: Kaji Semula Cuti Sakit: Kita Manusia, Bukan Mesin – J Solomon
Beberapa buah negara yang sudah sekian lama tidak terkesan dengan wabak tersebut turut menjadi mangsa pada waktu ini.
Gabungan jumlah dan skala jangkitan kali ini adalah dikatakan yang terburuk sejak beberapa dekad yang lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa banjir akibat musim ribut di Selatan Afrika dapat memberi lebih banyak kesan mudarat, walaupun buat masa ini jumlah kes mingguan di rantau itu kelihatan menurun.
Philippe Barboza, Pengerusi WHO Bagi Kecemasan Kolera menyatakan bahawa data terdahulu yang tidak teratur telah membuatkan mereka mengalami kesulitan untuk membuat perbandingan kes penularan bagi tahun ini berbanding dengan tahun-tahun terdahulu.
Namun beliau turut menyatakan bahawa kali ini adalah yang terbesar yang pernah terjadi sejak dua dekad lalu.