Tempatan

Anakanda Kembar Agong Dan Permaisuri Agong Kini Bergelar Graduan Sarjana Muda

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 19 Julai 2022 – Semalam telah berlangsung majlis graduasi Yang Amat Mulia anakanda-anakanda KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia anakanda-anakanda Baginda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom, lapor laman rasmi Istana Negara.

Kedua-dua anakanda Baginda berdua yang merupakan pasangan kembar, masing dianugerahkan ijazah Sarjana Muda.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.

Manakala, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Pada majlis graduasi ini, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha.

Dibuka rasmi oleh Baginda Ratu Victoria pada 30 Jun 1886, Royal Holloway, Universiti of London, kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom (The Guardian University League Table, 2022).

Back to top button