Antarabangsa

Anak Orang Terkaya Dunia Mahu Jadi Pondan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 22 Jun 2022 – Anak kepada Elon Musk, Xavier Musk, baru-baru ini memfailkan di mahkamah untuk menukar namanya kepada nama wanita dan mahu ‘memutuskan’ namanya daripada nama bapanya.

Lapor Daily Mail, Xavier ingin menukar namanya kepada Vivian Jenna Wilson kerana dia ingin mengubah identitinya kepada wanita.

Anak manusia terkaya di dunia tersebut juga menyatakan bahawa dia tidak ingin mempunyai sebarang pertalian dengan bapanya.

“Saya tidak mahu lagi mempunyai sebarang kaitan dengan bapa kandung saya dengan apa cara, bentuk atau rupa.”

Xavier Musk merupakan anak lelaki kembar hasil perkahwinan selama lapan tahun Elon Musk bersama Justine Wilson, seorang penulis dari Kanada.

Mahkamah menetapkan hari Jumaat ini sebagai tarikh mendengar permohonan penukaran nama tersebut, di mana kes tersebut akan didengari di Santa Monica, California.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: