Tempatan

Anak Melayu Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia Oleh ACCA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 29 Julai 2022 – Hannah Mumtazah binti Ahmad Murshidi, pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan menerima anugerah graduan terbaik ataupun dikenali sebagai “Top Affiliate” dari badan perakaunan profesional “Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom” (ACCA)(UK).

Kecemerlangan anak Melayu berusia 22 tahun ini diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam laman Facebook kementerian itu baru-baru ini.

Menurut KPT, Hannah berjaya meraih tempat ketiga di Malaysia dan kelapan di dunia dalam kalangan lebih kurang 500 graduan di Malaysia dan 3,877 di dunia bagi peperiksaan yang telah diadakan pada Jun 2022 yang lalu.

Ini merupakan pencapaian cemerlang kedua graduan itu dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Sebelum ini, Hannah pernah dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam peperiksaan program perakaunan profesional sesi Jun 2021.

Beliau memperoleh keputusan Tempat Pertama Malaysia dan Tempat Pertama Dunia Kertas Financial Management (FM) Peperiksaan ACCA Sesi Jun 2021 dan juga keputusan Tempat Pertama Malaysia dan Tempat Kedua Dunia Kertas Strategic Business Reporting (SBR) Peperiksaan ACCA (Association of Chartered Certified Accsi June 2021).

Katanya lagi, beliau berharap agar mendapat pekerjaan yang boleh merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan bertauliah selepas ini.

Oleh itu, beliau akan terus berusaha agar dirinya sentiasa bersikap terbuka untuk menimba dan menerima ilmu, kerana banyak pengalaman atau pengetahuan yang masih belum dimilikinya.

Bahkan, beliau juga bersedia untuk kekal komited dengan tanggungjawab yang bakal disandang di alam pekerjaan kelak.

Leave a Reply

Back to top button