Antarabangsa

Anak Mati Kebuluran, Bapa Kebumi Jenazah Di Laut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANTALYA, TURKIYE, 19 September 2022 – Tular di media sosial video menunjukkan seorang ayah warganegara Syria mengkafankan anak kecilnya dengan baju yang dipakai sebelum menolaknya masuk ke dalam laut dari sebuah bot.

Menurut media antarabangsa, anak kecil itu mati kebuluran sewaktu dalam perjalanan menuju ke Itali bersama ayahnya demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Tambah portal itu, kira-kira 32 migran berdepan dengan tragedi selepas mereka kehabisan makanan, minuman dan minyak semasa dalam perjalanan menaiki sebuah bot yang berlepas dari bandar Antalya di Turkiye ke pelabuhan Pozzallo di Sicily, Itali, pada 27 Ogos.

Disebabkan terlalu lapar dan dahaga, mereka memakan hidangan berupa air laut yang dicampurkan dengan ubat gigi. Namun, enam orang dari mereka termasuk tiga kanak-kanak tidak dapat menahan air laut yang masin itu yang menyebabkan mereka mengalami cirit-birit dan dehidrasi yang teruk sebelum meninggal dunia.

Tempoh perjalanan yang panjang membuatkan mayat mereput. Atas sebab itulah, mereka terpaksa membalut mayat-mayat dengan pakaian sebelum ‘mengebumikan’ mereka di dalam laut.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengesahkan bahawa 6 pendatang Syria meninggal dunia akibat kebuluran dan kehausan ketika cuba menyeberangi Mediterranean menaiki bot.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: