Antarabangsa

Anak Lelaki Cristiano Ronaldo Meninggal Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LISBON, 20 April 2022 – Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, pada Selasa baru-baru ini mengumumkan kematian anak lelakinya di laman media sosial.

“Dengan penuh dukacita kami terpaksa umumkan yang bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ianya adalah kesakitan yang paling besar seseorang ibu/bapa boleh rasai,” ujar pemain Manchester United tersebut dalam sebuah kenyataan bersama.

Terdahulu, Ronaldo dan pasangan, Georgina Rodriguez mengumumkan pada Oktober tahun lepas bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak kembar.

Namun, menurut kenyataan Ronaldo baru-baru ini, hanya salah satu daripada kembar tersebut berjaya dilahirkan dalam keadaan selamat.

“Hanya kelahiran anak perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk mengharungi detik ini dengan harapan dan kegembiraan,” ujarnya.

Ronaldo, 37, pemegang anugerah pemain bola sepak terbaik dunia sebanyak 5 kali, juga merupakan antara pemain utama kelab bola sepak England, Manchester United yang baru-baru ini tewas 4-0 di tangan kelab gergasi Liverpool.

Beliau juga pernah bermain untuk kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid dan Juventus sebelum kembali menyumbang bakti di Manchester United.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: