Antarabangsa

Anak Gadis Bill Gates Nikahi Lelaki Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW YORK, 18 Oktober 2021 – Pewaris kepada Microsoft, Jennifer Gates melangsungkan majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka Muslim dari Mesir, Nayel Nassar dalam sebuah majlis di halaman kediaman gadis tersebut seluas 124 ekar di North Salem, New York.

Majlis tersebut diadakan sehari selepas majlis tertutup akad nikah mereka menurut syariat Islam pada hari Jumaat, menurut laporan Daily Mail.

Majlis resepsi perkahwinan yang dihadiri oleh 300 ratus orang jemputan itu diadakan sejurus selepas pendaftaran sivil bagi tujuan dokumentasi rasmi.

Gadis berusia 25 tahun yang sedang menuntut dalam jurusan perubatan itu telah mengikat tali pertunangan dengan atlet profesional dalam pertandingan lumba kuda itu pada Januari 2020.

Anak gadis sulung Bill Gates itu menyarungkan gaun pengantin hasil sentuhan khas Vera Wang. Gaun tersebut dipadankan dengan sejambak bunga putih serta kelubung wajah berwarna putih.

Kumpulan pemuzik terkenal, Coldplay menyerikan majlis Jennifer Gates dan Nayel Nassar tersebut dengan lagu-lagu popular mereka.

Perkahwinan Jennifer itu dihadiri oleh kedua ibu bapanya, Melinda Gates dan Bill Gates yang baru sahaja bercerai beberapa bulan yang lalu setelah berkahwin selama 27 tahun.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button