Tempatan

Anak Bekas Diktator Menang Pilihan Raya Presiden Filipina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 10 Mei 2022 – Ferdinand Marcos Jr, anak bekas diktator, Ferdinand Marcos menang besar dalam Pilihan Raya Presiden dan Timbalan Presiden Filipina (Halalan 2022) yang diadakan semalam.

Beliau mengalahkan pesaingnya, Leni Robredo yang merupakan Timbalan Presiden Filipina dan ketua parti pembangkang dengan melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan untuk majoriti.

Setakat hari ini, pengiraan undi tidak rasmi melaporkan Ferdinand Marcos Jr atau dikenali dengan panggilan “BongBong” telah mendapat 30,553,634 undi.

Menurut Sky News, sepanjang musim kempen, Ferdinand Marcos Jr enggan mengakui pencabulan hak asasi manusia dan kekayaan melampau yang dikumpul oleh keluarganya sepanjang pemerintahan diktator mendiang bapanya.

Tetapi beliau mendapat manfaat daripada posting-posting palsu dan mengelirukan di platform media sosial yang menyasarkan sebahagian besar pengundi muda. Posting-posting itu langsung tidak menyebut tentang rasuah, pembunuhan dan penderaan lain yang dilakukan sepanjang 20 tahun pemerintahan bapanya.

Beberapa orang pengguna media sosial yang merupakan rakyat Filipina menyuarakan kekecewaan mereka dengan kemenangan anak bekas diktator ini.

“Maafkan saya tetapi Halalan 2022 sangat mematahkan hati. Orang Filipina memilih “populariti” berbanding “calon yang layak” sangat jahanam. Bangkitlah kamu semua! Kita yang akan menderita untuk 6 tahun akan datang. #HalalanResults,” kata @iloveslitz di laman Twitternya yang mendapat 7,792 retweet.

@gabpangilinan dalam ciapannya yang mendapat 43.2 ribu retweet pula berkata,

“Beli Undi, tidak dipedulikan.
Elak Cukai, tidak dipedulikan.
Media, tidak dipedulikan.
Propaganda, tidak dipedulikan.”

“Akhirnya, orang Filipina akan tidak dipedulikan.”

Leave a Reply

Back to top button